Amy Mastura – Pintu Harapan lyrics

Di dalam diamnya waktu
Kau hadir menyapa diri
Persisnya ada sesuatu
Tiadaku pasti

Selama ini
Kuntuk puisi
Yang tertulis buatmu
Masih tersimpan di sanubari
Masih bersemi

Semoga pintu harapan
Kan terbuka tanpa sempadan
Kerana sejak kau pergi
Aku masih sendiri

Begitu lama
Engkau menghilang
Tanpa sekilas bayang
Dan kini...menjelma
Dengan lembutnya tuturkata

Seandai benar katamu
Kembali bersama dijalan syahdu
Sehingga ke titik akhir
Ku harap kau jangan
Tersalah tafsir

Usah lagi dikau keliru
Segala kesilapan dulu
Maafkan diri ini
Yang membuat kau pergi

Sehingga akhirnya
Menuju jalan bahagia
Dengan seikhlas akal dan jiwa
Kita mendaki ke puncak yang nyata

Submitted by Guest