Exist – Renyai Di Hati lyrics

Aku masih macam dulu
Tidak menampakkan kesedihan
Walau ku ditinggalkan
Aku masih mampu melepaskan
Senyum yang panjang
walau luka di dalam

Sudah mesti waktu ini
Engkau dengan dia semai kasih
Di kejora
Aku semai luka yang tak nampak
Di bumi gersang
Hanya keseorangan

Memang ku kecewa
Memang aku sedih kerana mu

Walaupun dataran ini kontang
Namun di hatiku renyai memanjang
Datang dan datang
Hakikat harus ku terima
Walau ikhlas walau suci
Namun aku masih kurang
Yang selalu orang pandang
Kebanyakan hanya pada harta

Tak apalah itu nasib aku
Aku terima semua ini dugaan-Nya
Semoga renyai ini takkan berpanjangan
Aku tetap maafkan engkau
Walaupun bukan milik aku
Sedikit pun tak berdendam
Kerana sudah tertulis
Yang dirimu itu milik orang

Submitted by Guest